CARA PEMBELIAN

  • Pilih novel yang anda suka.
  • Hubungi saya :

zuerra.naw@gmail.com ATAU 019 2665018 (sms sahaja)

  • Buat pembayaran : Maybank (no. akaun akan diberi melalui sms)
  • Novel pilihan anda akan diposkan setelah menerima bukti pembayaran melalui email atau sms.
  • Novel yang dibeli tidak boleh dikembalikan
  • Harga novel yang dipaparkan termasuk kos penghantaran (POS LAJU/POS EKSPRESS) untuk SEMENANJUNG SAHAJA.
  • Bayaran tambahan RM 3 untuk penghantaran ke Sabah dan Sarawak.
Terima Kasih.



Dec 31, 2013

Novel Terpakai : Pujuk Hati Dia (Sarnia Yahya)


Harga Asal : RM 23.90
Harga Jual : RM 20.00

Sinopsis

Sejarah hidup menjadikan hati seorang Ain Najiha keras membeku. Dia jadi pesimis terhadap golongan kaya. 
“Aku nak kau ambik cek tu dan berhambus dari pejabat ni dan juga hidup Fendi, faham! Jangan datang ke sini lagi.”- Datin Fariza. 

Terasa pedih hatinya apabila kasih sayang menjadi barang dagangan. Dia tahu dia miskin tetapi, dia bukan mata duitan. Lari dari Fendi yang sudah bergelar tunangan orang, Ain ditemukan pula dengan Tengku Ritzlan, si duda kaya yang sombong dan ego. Kali ini, dia tidak mahu menjadi perempuan lemah yang mudah diperkotak katikkan.
 “Macam mana tengku boleh tak nampak, sedangkan kereta saya lebih besar daripada mata tengku!” – Ain Najiha 

Tengku Ritzlan menanggalkan kaca matanya. Semakin kecil matanya yang sepet itu sebaik mendengar kata-kata Ain. Perempuan ni mulut kecil tapi berbisa, desis hatinya. Geram dengan kelantangan Ain Najiha, Tengku Ritzlan cari peluang untuk membalas. Bicaranya sentiasa sinis sengaja mahu menyakitkan. Namun, jawapan balas gadis itu sering buatkan dia terkedu. Dan... apabila dia tahu besarnya kesalahan keluarganya terhadap Ain, dia jadi malu sendiri. Ikhlasnya seorang Ain Najiha buatkan hati lelakinya terusik. Dia mula mengerti, dia mahukan Ain menjadi peneman hidupnya yang telah lama sunyi. 

“Tak boleh ke awak panggil saya...” Tengku Ritzlan berdeham seperti memberi isyarat. “Nak panggil apa lagi?” pintas Ain. “Abang ke?” Ain menghela nafasnya. “Apa kata saya panggil bang Ku?’ “Sampainya hati panggil saya bangku.” “Yalah, singkatan daripada abang dan tengku.” Ain terus ketawa. “Kejam sungguh... tak baik tau.” 

Berjayakah Tengku Ritzlan pujuk hati Ain Najiha yang sudah membeku? Apa akan terjadi bila Fendi kembali memburu?