CARA PEMBELIAN

  • Pilih novel yang anda suka.
  • Hubungi saya :

zuerra.naw@gmail.com ATAU 019 2665018 (sms sahaja)

  • Buat pembayaran : Maybank (no. akaun akan diberi melalui sms)
  • Novel pilihan anda akan diposkan setelah menerima bukti pembayaran melalui email atau sms.
  • Novel yang dibeli tidak boleh dikembalikan
  • Harga novel yang dipaparkan termasuk kos penghantaran (POS LAJU/POS EKSPRESS) untuk SEMENANJUNG SAHAJA.
  • Bayaran tambahan RM 3 untuk penghantaran ke Sabah dan Sarawak.
Terima Kasih.



Dec 31, 2013

Novel Terpakai : Dia Bukan Arissa (Syaida Ilmuna)


Harga Asal : RM 18.00
Harga Jual : RM 14.00

Sinopsis

Arissa mati dibunuh? Arlisa panik melihat kakak kembarnya yang sudah dua tahun menghilang dan kini muncul semula, terbaring berlumuran darah di rumahnya.

Kalau kau tak nak dituduh membunuh kakak kau dan meringkuk dalam penjara, kau kena ikut cakap aku. Kau mesti menyamar jadi Arissa! Mayat ni biar aku yang uruskan,” ujar lelaki yang tidak dikenali yang datang tiba-tiba.

Novel Terpakai : Seindah Takdir Cinta (Kamsiah Abu)


Harga Asal : RM 27.90
Harga Jual : RM 23.00

Sinopsis

MIA KARMILA, seorang gadis yang biasa hidup dengan cara moden dan penuh kemewahan, langsung tidak menyangka pertemuannya dengan seorang pemandu teksi bernama Shahriman telah berjaya merubah keseluruhan cara hidupnya.Melalui beberapa pertemuan yang tidak pernah dirancang telah membenihkan bibit-bibit cinta yang tulus dalam hati mereka. 

Adrian, lelaki macho, bergaya dan kaya-raya, terus tidak berputus asa untuk menjinakkan Mia Karmila sebagai kekasih yang dapat memenuhi kerakusan nalurinya, walaupun ramai perempuan lain bersedia untuk memenuhi segala kehendaknya.

Novel Terpakai : Terpenjara Di Kamar Sutera (Kamsiah Abu)


Harga Asal : RM 19.00
Harga Jual : RM 14.00

Sinopsis

Terpenjara dalam cinta bagaikan terpasung minda dan rasa. Lantaran takdir yang telah tertulis perkahwinan menjadi jerat kepada Azmira. Tanpa rela dia menerima Badrul, sebaliknya tanpa dipaksa juga dia berkelana merebut piala cinta Razif.

Azmira yang setia membajai kasih bersama Razif terperangkap oleh perasaannya sendiri. Antara tanggungjawab dan perasaan bersesak dalam sanubari. Di mana mahu dibuang Badrul, sedang kasih sudah terkunci di dalam kamar sutera. Bagaimana mahu memungkiri janji Razif, sedang di bahu tergalas tanggungjawab kepada suami.

Novel Terpakai : Pergi Tanpa Alasan (Hani Fazuha)


Harga Asal : RM 23.00
Harga Jual : RM 19.00

Sinopsis

Rihana dan Hakim, dua nama dari dua dunia berbeza, ditemukan dalam kancah penuh dosa. Bagi Hakim, Rihana itu tidak ubah seperti pelacur kelas atasan. Bagi Rihana, Hakim itu sama saja dengan lelaki kaya raya yang harus dilayan untuk mengeluarkan duit dari poketnya.

 “Kahwin dengan I Rin, I’ll pay you two million.” - Hakim 

“Dua juta tidak cukup untuk membeli maruah I, Hakim”- Rihana 

Segalanya berubah apabila Rihana bertemu hidayah-Nya dan meninggalkan dunia kelam untuk berubah ke arah kebaikan. Hakim jadi panasaran mencari Rihana yang hilang.

Novel Terpakai : Bukan Dia Tapi Aku (Eka Fahara)


Harga Asal : RM 25.00
Harga Jual : RM 20.00

Sinopsis

Pernikahan Zariq Fahri dan Lisa Erina terjadi tanpa dirancang. Disebabkan satu kemalangan kereta, Zariq menikahi Lisa tanpa kerelaan hati gadis itu. Hakikatnya Zariq lupa bahawa Lisa merupakan kekasih Iqbal, sahabatnya. Namun disebabkan cintanya pada gadis itu sudah tidak dapat ditahan, inilah peluang yang perlu diambil. Dia mahu bertanggungjawab atas kemalangan itu.

Lisa pula terpaksa menerima lelaki itu sebagai suami kerana desakan ibu bapanya. Dia cuba menyambut huluran kasih Zariq namun dia tidak mampu. Jiwanya sering dibelenggu rasa bersalah kerana Nadira, kawan baiknya sendiri menyukai lelaki itu. Dia takut dituduh perampas! 

Novel Terpakai : Pujuk Hati Dia (Sarnia Yahya)


Harga Asal : RM 23.90
Harga Jual : RM 20.00

Sinopsis

Sejarah hidup menjadikan hati seorang Ain Najiha keras membeku. Dia jadi pesimis terhadap golongan kaya. 
“Aku nak kau ambik cek tu dan berhambus dari pejabat ni dan juga hidup Fendi, faham! Jangan datang ke sini lagi.”- Datin Fariza. 

Terasa pedih hatinya apabila kasih sayang menjadi barang dagangan. Dia tahu dia miskin tetapi, dia bukan mata duitan. Lari dari Fendi yang sudah bergelar tunangan orang, Ain ditemukan pula dengan Tengku Ritzlan, si duda kaya yang sombong dan ego. Kali ini, dia tidak mahu menjadi perempuan lemah yang mudah diperkotak katikkan.

Dec 30, 2013

Novel Terpakai : Tiada Yang Lain (Ana Sofiya)


Harga Asal : RM 24.00
Harga Jual : RM 20.00

(SOLD OUT)

Sinopsis

Pertama kali bertemu Zharif, hati Atiqah sudah terusik. Lelaki stok ‘semak’ itu memang mulut laser tetapi dalam lasernya, dia pandai ‘membeli jiwa’.
 “Tapi Iqa... garang-garang saya ni, saya romantis giler, kan? Tengok betapa beruntungnya awak jadi makwe saya. Hari-hari saya bagi bunga, kan?” ~ Zharif 

“Eeii... stop! Stop! Mengada-ngada! Bila entah orang jadi mak we dia? Perasan!” ~ Iqa 

Bertemu Atiqah, prinsip yang cuba dipertahankan Zharif untuk bercinta selepas berkahwin hilang entah ke mana. Puas mengelak, ‘rasa itu’ tetap datang menyapa. Tapi malangnya, ada Afif di antara mereka.

Novel Terpakai : Alamak! Lagi-lagi Dia (Mazni Aznita)


Harga Asal : RM 27.90
Harga Jual : RM 23.00

Sinopsis

The Loser gelaran yang tidak pernah dimahunya. Namun kerana sekeping surat dia menjadi mangsa buli di sekolah. Trauma dengan seorang insan bernama Idham Hariz di zaman persekolahannya, membuatkan Syafika tidak pernah punya teman lelaki, walau asyik blind date dengan lelaki-lelaki berbeza. Nadim Ammar, si Pianist yang selamba, keras kepala tetapi punya prinsip tersendiri tentang cinta. Bertunang dengan Emilia, anak Tan Sri Jabbar bukan atas kerelaan hati. 

Kes silap masuk khemah di tempat memancing mempertemukan si Loser dan si Pianist ini. Syafika dengan perangai A, Nadim dengan perangai B. Syafika gadis kerek bagi Nadim. Nadim lelaki poyo menurut tafsiran Syafika. Tapi antara pro dan kontra, anehnya mereka sering bertemu. Dan seperti kisah-kisah cinta yang lain, bertemu itu maknanya berjodoh. Berjodoh itu maksudnya cinta.

Novel Terpakai : Dia Hanya Untukku (Rozita Abd. Wahab)



Harga Asal : RM 23.00
Harga Jual : RM 18.00

Sinopsis

Hidup Alissa sungguh terseksa. Sudahlah dibenci dan dihina ibu kandung sendiri, dia pula tertangkap basah dengan majikannya sendiri, Syed Hadif. Akibat peristiwa hitam itu, mereka dinikahkan atas restu ayah Alissa sendiri. Saat disahkan sebagai isteri, hatinya remuk-redam. Antara pasrah dan tidak, dia harus melupakan Ilham, kekasih hati yang sudah mengikat janji untuk membina mahligai cinta.

Perkahwinan itu semakin menyeksa batin Alissa. Hubungan halal itu harus dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga dan isteri pertama Syed Hadif. Sampai bila rahsia harus disimpan sedangkan Syed Akil, adik suaminya sering mendambakan rindu dan kasih sayang daripadanya? Namun dia perlu akur. Dia sudah bersuami dan wajib membahagiakan suaminya.

Novel Terpakai : Pelangi Cinta Buat Suami (Acik Lana)


Harga Asal : RM 30.00
Harga Jual : RM 25.00

Sinopsis

Kata orang cinta itu mampu hadir dari pelbagai rupa, segi dan cara. Kadangkala datangnya langsung tidak mampu diramal oleh jiwa, begitu saja.

Imanina : Kerana sebuah diari, perasaan cinta di hati wujud serta merta. Dia terpesona, kagum dan terpukau dengan kata-kata indah itu kerana menyedari betapa beruntungnya menjadi wanita yang dikasihi seorang suami dengan sepenuh hati.

Tengku Qalif : Cintanya kepada Liyana umpama langit yang tidak bersempadan, umpama udara yang
memenuhi bumi, dan sebuah kehilangan membuatkan separuh nyawanya mati. Kerana cintanya satu, mustahil untuk dia memberi rasa serupa kepada yang kedua.

Menyedari keadaan Tengku Qalif yang bagaikan 'mayat bernyawa' Imanina tekad mahu membahagiakan lelaki bergelar duda itu. Namun Tengku Qalif berterusan menolak dan menepis setiap bantuan darinya.
Dan ketika Imanina melamar Tengku Qalif dengan sebuah perkahwinan, perasaan benci di hati kian memuncak. 

Novel Terpakai : Kalaulah Ku Tahu (Ayu Emelda)


Harga Asal : RM 21.00
Harga Jual : RM 17.00

Sinopsis

Sebaik sedar daripada koma, kehidupan Keyra Adeela menjadi huru-hara. Ironinya dia terlupa tentang hubungannya dengan Hardy Mirzal. Keyra cukup terderanya kerana realitinya dia seorang isteri dan suaminya adalah lelaki itu.

Ingatannya hilang dalam ruang masa enam tahun sebelum itu. Betapa percaturan takdir cukup mengelirukan. Imran Hafiz, lelaki yang pernah diminati suatu ketika dulu muncul semula. Di hatinya mula berputik rasa sayang dan cinta.

Siapa yang sebenarnya bertakhta di hati Keyra? Segalanya kian rumit dan bercelaru. Mampukah memori yang hilang menyinari kembali menyingkap rahsia antara dia dan Hardy?







Feb 15, 2013

Novel Terpakai : Saat Hati Merindu (Nurharyati Ishak)

Harga Asal : RM 22.90
Harga Jual : RM 20.00

Sinopsis

"Sayang, awak mesti senyum selalu. Awak cantik bila senyum. Abang tak nak awak bersedih dan berduka. Abang nak awak hidup bahagia, sayang. Awak kena bahagiakan diri awak, awak kena pandang dunia ini dengan hati terbuka dan perasaan bahagia. Abang tak mahu awak sedih."

"Abang, kenapa ni...? Kenapa tiba-tiba aje abang sedih macam ni? Kalau rindu, baliklah. Saya pun rindukan abang."Pujuk Izzat kemudiannya. Dia rasa tidak enak hati.

 "Sayang, abang benar-benar cintakan awak. Andai kita ditakdirkan tidak bersama, awak tetap di hati abang. Abang juga mahu, abang tetap di hati awak..."





Feb 6, 2013

Novel Terpakai : Belaianmu (Suhaniza Sulaiman)


Harga Asal : RM 20.90
Harga Jual : RM 17.00

Sinopsis

Sekali sekala... tidak terfikirkah olehmu tentang hati seorang isteri? Tentang impian dan cintanya. Tentang kesetiaan dan harapan hari-hari mendatangnya. Seorang isteri, impiannya tak banyak. Pengorbanannya juga bukan sedikit. Lalu payahkah untuk kau merealisasikannya? Sedang isterimu rela untuk meredah walau apa jua halangan... lembah dan onak. Salahmu... bila keegoan yang kau junjung, telah jatuh berderai tanpa ada yang sudi menyambutnya. Silapmu jua... bila kasih yang kau semai, akhirnya berlalu sebelum hadirnya musim rindu. Dan kesilapan, ambillah ikhtibar untuk kau jadikan pengajaran. Semoga kau sedar sebelum kelukaan merebak menjadi parah...





Jan 25, 2013

Novel Terpakai : Lelaki Versi Dia (Aireen Aryana)


Harga Asal : RM 19.00
Harga Jual : RM 15.00

Sinopsis

Lelaki itu hilang ingatan semasa berada di luar negara dan menjadi anak muda yang liar.

Sebagai seorang ibu, Zita terpaksa menipu Wan Aakif dengan menyatakan bahawa anaknya itu telah pun bertunang untuk membawa Wan Aakif pulang ke tanah air.

“I dengar kita dah bertunang dekat enam tahun. For sure dalam masa terdekat ni kita kena kahwin.”

“What?! Are you kidding?”

Jan 24, 2013

Novel Terpakai : Tolong Pikat Hatinya (Izza Aripin)


Harga Asal : RM 19.90
Harga Jual : RM 16.00

Sinopsis

ZARA dan Ryan, masing-masing ada sejarah hitam yang tak mahu mereka kenang. Ryan masih meratapi cinta yang hilang hingga sanggup mengecewakan orang lain. Zara pula hidup dalam kebimbangan kerana melarikan diri daripada ‘hantu' silamnya.

Mereka berjanji menjadi ‘teman tapi mesra', tetapi tak siapa sangka, panahan cinta sudah mengena tepat di hati mereka.

Namun, cinta yang didambakan Ryan ialah cinta terhalang. Zara tidak boleh menjadi miliknya kerana gadis itu hak orang lain. Lantas bagaimanakah Ryan merebut cinta kali kedua ini?

“Usah bimbang, Ryan. Kalau aku nak cari teman istimewa, aku akan pilih kau dulu.” - Zara