CARA PEMBELIAN

  • Pilih novel yang anda suka.
  • Hubungi saya :

zuerra.naw@gmail.com ATAU 019 2665018 (sms sahaja)

  • Buat pembayaran : Maybank (no. akaun akan diberi melalui sms)
  • Novel pilihan anda akan diposkan setelah menerima bukti pembayaran melalui email atau sms.
  • Novel yang dibeli tidak boleh dikembalikan
  • Harga novel yang dipaparkan termasuk kos penghantaran (POS LAJU/POS EKSPRESS) untuk SEMENANJUNG SAHAJA.
  • Bayaran tambahan RM 3 untuk penghantaran ke Sabah dan Sarawak.
Terima Kasih.



Oct 27, 2012

Novel Terpakai : Memang Dah Jodoh (Antasya Balkis)



Harga Asal : RM 19.90
Harga Jual : RM 16.00

Sinopsis

Kerana kasih sayang seorang sahabat dan tentangan keluarga, Dian Aruni berpisah secara rela dengan Engku Izmier. Namun takdir mempertemukan mereka semula secara tidak diduga. Kasih Engku Izmier kembali bertaut tetapi tidak berani diluahkan lantas dia memendam perasaan dalam diam. Tetapi sebuah peristiwa telah memalukan keluarga Engku Izmier di mata masyarakat melalui media. Dian Aruni yang tidak sanggup melihat keluarga Engku Izmier dimalukan telah meminta pertolongan daripada Zariff, sepupunya dengan menawarkan diri menjadi suri hidup Zariff. Apabila semua masalah keluarga Engku Izmier selesai, Engku Izmier merayu cinta Dian Aruni semula. Apakah kesudahan cinta Engku Izmier? Siapakah yang bakal memiliki Dian Aruni?

Oct 18, 2012

Novel Terpakai : Bisik-bisik Gelora (Fauziah Ashari)


Harga Asal : RM 25.90
Harga Jual : RM 22.00

Sinopsis

Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan lincah. Bapanya, Tuan Akalil menghantar dia ke 
kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mentuanya jauh daripada kota. Di kampung, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorang pemuda yang alim di hadapan keluarga namun amat nakal di belakang mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan.



Novel Terpakai : Keindahan Cinta Iman (Zuraidah Othman)


Harga Asal : RM 22.90
Harga Jual : RM 19.00

Sinopsis

“Barulah saya tahu kenapa abang dan kakak ipar saya beria-ia sangat nak kahwinkan saya dengan awak. Awak tahu… saya akan ikut apa yang mereka suruh. Kalau itu yang dia orang kejarkan sangat, saya akan serahkan butik itu kepada mereka. Itu hadiah saya sebelum saya keluar dari rumah. Sekurang-kurangnya itu sebagai tanda terima kasih saya atas apa yang pernah saya terima dulu… Selepas ni, diorang takkan berani mengungkit lagi.”

Oct 15, 2012

Novel Terpakai : Kembali Padamu (Zulfati Hanis)


Harga Asal : RM 18.90
Harga Jual : RM 15.00

Sinopsis

Bukan kehendak Nora Adline menerima Hadzwan hadir dalam hidupnya. Tapi kerana kasih pada papa membuatkan Nora Adline terpaksa. Namun kehadiran Hadzwan tidak mampu diterima oleh hati Nora Adline ketika itu. Malah kematian papa lebih membuatkan mereka terpisah jauh. Namun ketentuan takdir siapa yang tahu. Jika itulah jodoh kita, mana mungkin kita menolaknya. Itulah yang terjadi pada Nora Adline. Setelah berpisah selama beberapa tahun, cinta mulai berputik di hati Nora Adline buat Hadzwan yang masih setia dengan cintanya. Tapi kemunculan Rifqy, Khairul Nizam, Azrie tidak lupa juga Qistina dan Aida Nadiah mengeruhkan kembali cinta yang mula berputik di hati Nora Adline dan Hadzwan. Kekangan daripada keluarga Hadzwan turut membuatkan hati dan perasaan Nora Adline terluka. Mampukah Nora Adline dan Hadzwan mengharungi semua dugaan dan rintangan itu demi menggapai sebuah cinta?



Novel Terpakai : Semanis Cinta Semalam (Annur Puteri)


Harga Asal : RM 19.90
Harga Jual : RM 17.00

Sinopsis

Kemiskinan merencat banyak perkara dalam hidup Adli membuatkan dia memasang angan-angan untuk mengubah nasib keluarga. Salam cinta yang dihulur Yon tidak mampu Adli sambut sewajarnya membuatkan Yon terluka dan mengundur diri. Hadir Syariza mengubat lara di hati. Kehadiran Yon pada saat kejayaan, mengundang persepsi negatif Syariza terhadap cinta Adli. Tergugahkah cinta Adli terhadap Syariza atau Yon hanya masa lalu baginya?

Oct 14, 2012

Kelat-kelat Sayang (Izzul Izzati)


Harga Asal : RM 24.90
Harga Jual : RM 21.00

Sinopsis

Wajah manis Salina pasti bertukar warna hijau kelat setiap kali bersua muka dengan insan yang bernama Aizam Zafran. Panggilan nama yang tidak tercatat di dalam surat beranak menyemarakkan lagi api kemarahan di jiwa Salina.

"Hai, itik!"

Hampir terlompat Salina mendengar teguran yang terasa dekat sekali di telinganya. Anak mata ditalakan ke arah wajah pemilik yang menegur. Seperti biasa Aizam membuat iklan gigi tidak berbayar di hadapan matanya. Argh! Mahu sahaja dia mencabut satu persatu gigi Aizam. Kemudian dirangkai menjadi rantai itik dan dikalungkan ke leher.

Oct 13, 2012

Bersatu Dalam Cinta (Azra Aryriesa)


Harga Asal : RM 25.90
Harga Jual : RM 21.00

Sinopsis

Setelah kehilangan isteri tercinta, Isma bertemu dengan Damia yang merupakan sepupu kepada arwah isterinya. Raut wajah seiras Kamilia menyebabkan Isma terkenang pada arwah isterinya. Perbezaan sikap dan tingkah Damia berjaya memutikkan cinta Isma terhadap Damia dalam diam. Sementara Wafi, seorang wanita pendiam pula telah membuatkan Faris, jiran sebelah rumahnya jatuh hati padanya. Namun huluran cintanya disambut dingin. Manakala, mampukah perbalahan antara Ainul dan Alia pasangan suami isteri yang telah bercerai dipulihkan oleh keluarga mereka? Adakah akhirnya mereka mampu bersatu dalam cinta?

Kemarau Kasih (Ida Riyana)


Harga Asal : RM 20.00
Harga Jual : RM 17.00

Sinopsis

Kerana keluarga, Azam Zikry dan Hanis Aqilah disatukan. Di awal perkahwinan, cinta tidak pernah bertandang dalam hati mereka berdua, terutama sekali Azam Zikry. Namun, kalau dah sering kali bersua muka, hati siapa yang tidak terjentik rasa?

“Walaupun kita tak pernah kenal dan tak pernah bercinta, Hanis nak abang terima Hanis seadanya.”

Kau Pemilik Hati (Ayumi Syafiqah)


Harga Asal : RM 20.00
Harga Jual : RM 17.00

Sinopsis
Sejak pulang dari luar negara, Qarissa menjadi semakin lupa diri. Tingkahnya yang sering saja di luar batasan dari hari ke hari itu nyata menimbulkan kebimbangan di hati Dato’ Rashid. Khuatir Qarissa bakal terpesong dari landasan agama, Dato’ Rashid bertindak menjodohkan Qarissa dengan Zafril, pekerja kesayangan yang juga merupakan anak kepada arwah rakan baiknya. Walaupun Qarissa membantah keras, Dato’ Rashid tetap dengan keputusannya kerana dia yakin Zafril mampu membimbing Qarissa menjadi wanita yang lebih baik.

Oct 12, 2012

Jangan Lupa Namaku (Hananee Amir)


Harga Asal : RM 23.00
Harga Jual : RM 20.00

Sinopsis

Cinta tu macam burung… yang kita pegang.
Jangan pegang kuat-kuat. Nanti dia mati.
Tapi jangan lepaskan dia, nanti dia takkan kembali.

Aiman...

Dia melepaskan Amira atas permintaan Amira sendiri. Hatinya tak pernah merelakannya, namun dek 'kata orang' punya angkara, dia akur. Dia setia menanti Amira. Harapannya, Amira akan sedar yang mereka diciptakan untuk bersama. 

Ingat Janji Kita (Murni Aqila)


Harga Asal : RM 21.00
Harga Jual : RM 18.00

Sinopsis

Menggelabah Raimi apabila Tok Jalal mahu menjodohkan dia dengan gadis yang tidak dikenali. Kalau dibantah, mengamuk pula datuknya itu. Terpaksalah dia mencipta helah untuk melepaskan diri. Idea gila datang tiba-tiba. Sahabatnya disuruh menjadi perempuan. Nak tak nak, Adi turutkan jua permintaan Raimi untuk menjadi 'makwe'nya.