CARA PEMBELIAN

  • Pilih novel yang anda suka.
  • Hubungi saya :

zuerra.naw@gmail.com ATAU 019 2665018 (sms sahaja)

  • Buat pembayaran : Maybank (no. akaun akan diberi melalui sms)
  • Novel pilihan anda akan diposkan setelah menerima bukti pembayaran melalui email atau sms.
  • Novel yang dibeli tidak boleh dikembalikan
  • Harga novel yang dipaparkan termasuk kos penghantaran (POS LAJU/POS EKSPRESS) untuk SEMENANJUNG SAHAJA.
  • Bayaran tambahan RM 3 untuk penghantaran ke Sabah dan Sarawak.
Terima Kasih.



Nov 26, 2012

Novel Terpakai : Panggil Aku Kiah (Liza Nur)


Harga Asal : RM 18.90
Harga Jual : RM 16.00

Sinopsis

Perbezaan darjat melalui kekayaan menyebabkan Kiah memandang rendah pada Hud, pekerja kesayangan papanya. Hud yang berkhidmat sebagai pemandu tidak pernah menurut kemahuan Kiah seperti pekerja-pekerja papa yang lain. Kejujuran Hud membuatkan Kiah membencinya. Dalam tak disangka, Hud telah menjadi penyelamat maruah Kiah sewaktu hampir-hampir dinodai teman lelakinya, Reza. Hud juga yang menolong Kiah di saat dia dihalau keluar dari rumah oleh ibunya. Bermula dari detik itu, dia belajar erti kesusahan dan kemanusian yang selama ini tidak pernah menjengah ke dalam kotak fikirannya.
Adakah Kiah mencintai Hud? Mampukah si hidung tinggi seperti Kiah meninggalkan Prada dan Gucci yang sudah sebati dengan darahnya?








Nov 23, 2012

Novel Terpakai : Takdir Fitrah Terindah (Hanis Azla)


Harga Asal : RM 25.90
Harga Jual : RM 22.00

Sinopsis

Bila diri dilahirkan dari dosa orang lain, tiada apa yang membuatkan Nur Fitrah punya keyakinan diri bila sejak kecil dirinya sering menjadi bahan cemuhan. Lantaran itu dirinya menjadi cepat mengalah termasuklah dalam soal cinta bukan mahunya. Tapi itulah yang terjadi bila kuasa untuk membuat pilihan bukan milik orang sepertinya. Tiada cinta, tidak mengapa, asalkan hatinya bahagia. Namun bila hati suami bukan untuknya, apalagi yang perlu dipertahankan? Pertemuan semula membuatkan hatinya berbunga-bunga. Namun respons dan dugaan yang diterima membuatkan hatinya terus lara untuk mengharapkan cinta. Adakah Aiham Fakhri masih lagi pilihan Nur Fitrah?


Novel Terpakai : Antara Dendam dan Rindu (Rabihah Nur Ridhuan)


Harga Asal : RM 19.90
Harga Jual : RM 17.00

Sinopsis

Sikap tamak telah melontarkan Mariam Qistina ke lembah derita yang berpanjangan. Tanpa diduga bapa saudaranya, Sahak yang selama ini menunjukkan sikap kasihnya kepada Mariam Qistina dan Mariam Irdina sanggup mendera dan menyeksa mereka. Semuanya angkara tamakkan harta. Kematian Mariam Irdina menyebabkan Mariam Qistina bangkit untuk membalas kembali derita yang pernah dilaluinya. Dendam kesumat ini membuatkan Mariam Qistina memaksa hatinya untuk menerima Luqman Hakim, anak lelaki Sahak sebagai suaminya. Haruskah dia perdagangkan cintanya? Sanggupkah dia punahkan perasaannya semata-mata kerana dendam kesumatnya itu? Bahagiakah dia setelah mempertaruhkan nasibnya di tangan Luqman Hakim?

Nov 12, 2012

Novel Terpakai : Takkan Pernah Berubah (Fisha)


Harga Asal : RM 20.00
Harga Jual : RM 17.00

(SOLD OUT)

Sinopsis

Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan;
Buang emak buang saudara,
Kerana kekasih hamba turutkan.

Atas dasar cinta, Shahira rela kehilangan keluarga yang selama ini menjadi tulang belakangnya. Iqmal pula merahsiakan perkahwinan mereka daripada pengetahuan keluarganya. Walaupun hidup sederhana, mereka bahagia. Namun, cinta mereka teruji apabila mereka terpaksa berpisah untuk menuntut ilmu.

Novel Terpakai : Lazuardi (Nasz)


Harga Asal : RM 23.00
Harga Jual : RM 19.00

Sinopsis

Mama Anaz tak pernah layan dia macam anak sendiri walaupun hakikatnya nama dia terletak sebagai ibu dalam surat beranak. Boleh dikatakan, semua jenis kerja rumah diserah sepenuhnya untuk dia buat dah mengalahkan orang gaji. Tempat dia mengadu hanyalah pada Odie, jiran depan bilik merangkap member baik sejak tadika. Apabila dia mengeluh, Odie akan ajak kahwin.

“Awak... jomlah kahwin dengan kita.”
“Kahwin tu apa?”
“Kahwin tu maknanya baling bunga.”
“Kita nak dapat bunga, tak nak baling-baling bunga.”