CARA PEMBELIAN

  • Pilih novel yang anda suka.
  • Hubungi saya :

zuerra.naw@gmail.com ATAU 019 2665018 (sms sahaja)

  • Buat pembayaran : Maybank (no. akaun akan diberi melalui sms)
  • Novel pilihan anda akan diposkan setelah menerima bukti pembayaran melalui email atau sms.
  • Novel yang dibeli tidak boleh dikembalikan
  • Harga novel yang dipaparkan termasuk kos penghantaran (POS LAJU/POS EKSPRESS) untuk SEMENANJUNG SAHAJA.
  • Bayaran tambahan RM 3 untuk penghantaran ke Sabah dan Sarawak.
Terima Kasih.



Dec 31, 2013

Novel Terpakai : Dia Bukan Arissa (Syaida Ilmuna)


Harga Asal : RM 18.00
Harga Jual : RM 14.00

Sinopsis

Arissa mati dibunuh? Arlisa panik melihat kakak kembarnya yang sudah dua tahun menghilang dan kini muncul semula, terbaring berlumuran darah di rumahnya.

Kalau kau tak nak dituduh membunuh kakak kau dan meringkuk dalam penjara, kau kena ikut cakap aku. Kau mesti menyamar jadi Arissa! Mayat ni biar aku yang uruskan,” ujar lelaki yang tidak dikenali yang datang tiba-tiba.
Arlisa terpaksa menurut. Dia ke rumah ‘mertuanya’ menyamar sebagai ‘menantu’ Puan Murni, ‘ibu’ Ameera dan... ‘isteri’ Adam! Barulah dia tahu siapa Arissa selama menghilangkan diri. Satu rumah membenci Arissa kerana kejahatannya. Sedangkan sifat Arlisa berbeza dengan Arissa. Bagaimana Arlisa hendak berhadapan dengan semua ini? Bagaimana dia nak berdepan dengan Adam? Adam melayannya mesra bagai seorang suami. Ahh... payah! Memang payah!

Arlisa perlu lakukan sesuatu... tapi apa? Dia adalah dia, bukan Arissa. Dan dia mula jatuh cinta pada... Oh, tak mungkin. Adam tak cintakan dia. Adam cintakan Arissa yang sebenar. Tanpa mereka sedar, semua yang terjadi adalah komplot yang dirancang!