CARA PEMBELIAN

  • Pilih novel yang anda suka.
  • Hubungi saya :

zuerra.naw@gmail.com ATAU 019 2665018 (sms sahaja)

  • Buat pembayaran : Maybank (no. akaun akan diberi melalui sms)
  • Novel pilihan anda akan diposkan setelah menerima bukti pembayaran melalui email atau sms.
  • Novel yang dibeli tidak boleh dikembalikan
  • Harga novel yang dipaparkan termasuk kos penghantaran (POS LAJU/POS EKSPRESS) untuk SEMENANJUNG SAHAJA.
  • Bayaran tambahan RM 3 untuk penghantaran ke Sabah dan Sarawak.
Terima Kasih.



Apr 5, 2012

Rinduku Di Angin Lalu (Norisah A. Bakar)


Harga Asal : RM 24.90
Harga Jual : RM 21.00

Sinopsis

Aku  mencintai... menyayangimu dengan sepenuh hatiku. Namun menerima khabar yang dirimu telah dimiliki, haruskah aku mengganggu kebahagiaanmu lagi? Perlukah aku melampiaskan rasa marah dan dendamku pada sahabat yang telah mengkhianati erti persahabatan sejati? Atau mencari gadis lain yang lebih baik... yang setia dan mampu memberikan aku cinta yang suci. Yang kini berada di hadapan mata... yang saban waktu dapat kuintai hatinya... yang saban hari mencuri pandangan dan menerbitkan rindu dendam. Kenapa harus menafikan hati sendiri? Kenapa perlu ditolak perasaan sayang yang datang bertandang? Seperti kau, aku kira setiap insan mempunyai hak dan alasan di dalam menentukan pilihan... kerana 'cinta' datangnya bukan sesuatu yang boleh dirancang. Kerana kuasa 'cinta' mampu menumbangkan kubu keegoan walau dipancang dengan dalam. 
Lalu Zahin beralih sayang... dia tidak perlu mengecewakan Raihah, kekasihnya hanya kerana cinta silam yang tidak kesampaian. Dia perlu berpijak di bumi nyata... Marini bukan miliknya lagi. Walau Marini meninggalkannya dengan seribu cerita yang menyedihkan... walau Marini telah dimiliki lelaki yang bergelar suami. Lalu perlukah direbut kisah silam yang telah menjadi sejarah? Kerana sejarah hanya untuk dikenang, bukan untuk diulang. Walau sesekali dia begitu rindu untuk menjejak memori cinta yang pernah mereka ciptakan bersama. Dan yang sesekali itu... dia bagai tidak mampu untuk menghindarinya....