CARA PEMBELIAN

  • Pilih novel yang anda suka.
  • Hubungi saya :

zuerra.naw@gmail.com ATAU 019 2665018 (sms sahaja)

  • Buat pembayaran : Maybank (no. akaun akan diberi melalui sms)
  • Novel pilihan anda akan diposkan setelah menerima bukti pembayaran melalui email atau sms.
  • Novel yang dibeli tidak boleh dikembalikan
  • Harga novel yang dipaparkan termasuk kos penghantaran (POS LAJU/POS EKSPRESS) untuk SEMENANJUNG SAHAJA.
  • Bayaran tambahan RM 3 untuk penghantaran ke Sabah dan Sarawak.
Terima Kasih.



Apr 4, 2012

Kasih Antara Kita (Norisah A. Bakar)


Harga Asal : RM 26.90
Harga Jual : RM 23.00

Sinopsis

Perasaan cinta bukan rasa mutlak yang boleh membawa ke mahligai perkahwinan. NurAsyikin punya hati terhadap Zulkarnain. Namun cinta mulis yang diidamkan oleh Nur Asyikin ditolak oleh jejaka itu. Tetapi selepas berjauhan dan tinggal di Australia, rasa menyesal dan cinta mula berputik di hati Zulkarnain.
 Timbul perasaan untuk mengait benih-benih cinta yang telah diabaikannya selama ini. Apakah daya, hembusan angin yang lembut tidak dapat menyampaikan suara hatinya itu. Cinta dan hasrat hati Zulkarnain terkubur jauh kerana jarak antara benua yang telah memisahkannya. Nur Asyikin pula berdepan dengan pelbagai dugaan hati dan juga kehidupannya seharian. Bagaimanapun, roh cinta kemudiannya hadir dalam dirinya.
Ahmad Zakuan lelaki yang kurang dipandang ramai kerana statusnya hadir dalam hidup Nur Asyikin. Sayangnya, pelbagai dilema timbul menghalang penyatuan hati antara
mereka berdua. Ahmad Zakuan cuba melamar Nur Asyikin. Cuma mampukah dirinya
diterima oleh gadis yg menjadi dambaannya itu? Hanya jodoh, keadaan dan kekuatan
cinta antara mereka yg mampu menyatukan kedua-duanya di jenjang pelamin.
Doakanlah penyatuan mereka itu.