CARA PEMBELIAN

  • Pilih novel yang anda suka.
  • Hubungi saya :

zuerra.naw@gmail.com ATAU 019 2665018 (sms sahaja)

  • Buat pembayaran : Maybank (no. akaun akan diberi melalui sms)
  • Novel pilihan anda akan diposkan setelah menerima bukti pembayaran melalui email atau sms.
  • Novel yang dibeli tidak boleh dikembalikan
  • Harga novel yang dipaparkan termasuk kos penghantaran (POS LAJU/POS EKSPRESS) untuk SEMENANJUNG SAHAJA.
  • Bayaran tambahan RM 3 untuk penghantaran ke Sabah dan Sarawak.
Terima Kasih.



Nov 23, 2012

Novel Terpakai : Antara Dendam dan Rindu (Rabihah Nur Ridhuan)


Harga Asal : RM 19.90
Harga Jual : RM 17.00

Sinopsis

Sikap tamak telah melontarkan Mariam Qistina ke lembah derita yang berpanjangan. Tanpa diduga bapa saudaranya, Sahak yang selama ini menunjukkan sikap kasihnya kepada Mariam Qistina dan Mariam Irdina sanggup mendera dan menyeksa mereka. Semuanya angkara tamakkan harta. Kematian Mariam Irdina menyebabkan Mariam Qistina bangkit untuk membalas kembali derita yang pernah dilaluinya. Dendam kesumat ini membuatkan Mariam Qistina memaksa hatinya untuk menerima Luqman Hakim, anak lelaki Sahak sebagai suaminya. Haruskah dia perdagangkan cintanya? Sanggupkah dia punahkan perasaannya semata-mata kerana dendam kesumatnya itu? Bahagiakah dia setelah mempertaruhkan nasibnya di tangan Luqman Hakim?
"Kita ugut Qis dengan menggunakan Irdina. Jangan kita bagi peluang untuk dia belajar nanti dia orang pandai berfikir dan pandai nak tipu kita pula". - Esah

"Mak jangan risaulah. Tak akan ada apa-apa yang berlaku kepada Balqis kelak. Lagipun Luqman Hakim tu senang diperbodohkan. Balqis akan mempergunakan dia sepenuhnya untuk mencapai misi Balqis ini!" - Mariam Qistina @ Balqis

"Kau buat Luqman Hakim tu macam sehelai baju yang tiada nilainya. Apabila kau rasa perlukan  dia, kau gunakan dia  tetapi apabila kau dah senang macam ni, kau dah dapat apa yang kau nak kau buang dia begitu sahaja. Kau tak fikir ke perasaan Luqman Hakim?