CARA PEMBELIAN

  • Pilih novel yang anda suka.
  • Hubungi saya :

zuerra.naw@gmail.com ATAU 019 2665018 (sms sahaja)

  • Buat pembayaran : Maybank (no. akaun akan diberi melalui sms)
  • Novel pilihan anda akan diposkan setelah menerima bukti pembayaran melalui email atau sms.
  • Novel yang dibeli tidak boleh dikembalikan
  • Harga novel yang dipaparkan termasuk kos penghantaran (POS LAJU/POS EKSPRESS) untuk SEMENANJUNG SAHAJA.
  • Bayaran tambahan RM 3 untuk penghantaran ke Sabah dan Sarawak.
Terima Kasih.



Dec 9, 2011

Manisnya Alunan Rindu (Nur Hazma)


Harga Asal : RM 23.90
Harga Jual : RM 20.00

Sinopsis

Milya Khaleeda, dia gadis yang sangat setia. Bersama Haris, janji dipadu. Setia akan dipertahankan biarpun jarak dan masa memisahkan. Berjauhan bukan halangan untuk tidak berlaku setia.

Ilham Hambali, lelaki pesimis ini tidak percaya pada cinta.  Alur hidupnya hanya benci untuk perempuan, dek sebuah kisah yang melukakan. Baginya cinta sekadar cakap kosong yang melekakan lelaki. Cinta membawa derita kepada lelaki itu. Lalu dia sedayanya menjauhkan diri daripada cinta. Menghindari daripada didekati cinta.
Aturan Allah menemukan keduanya dalam sengketa. Pertengkaran dan perbalahan seakan sebati dalam hari-hari Milya Khaleeda dan Ilham Hambali. Pertembungan mencetuskan pergeseran. Namun sebuah insiden membongkar kisah kasih Milya dan Haris. Gadis itu menjeruk rasa dek kecewa dan kelukaan cinta. Mencetuskan diari baru antara Milya dan Ilham. Bermulanya sebuah kisah yang sarat dengan dugaan yang sukar ditempuhi.

Menggapai bahagia bukan semudah tercetusnya perasaan kasih dan rindu yang membuai. Halangan yang berliku, bolehkah mereka lepasi? Kepulangan Haris dan cinta yang bertunas di hati Ilani akankah menjenguk hati Milya dan Ilham?




No comments:

Post a Comment