Harga Asal : RM 25.90
Harga Jual : RM 22.00
Sinopsis
Salahkah aku meletakkan hati ini pada tempat yang tinggi? Memasang impian...membina harapan yg muluk-muluk... bercanda bersama-sama angan angan yang membahagiakan, antara kasih dan sayang, demimu insan yang teristimewa. Hanya untuk kau dan aku. Kita berdua selamanya... Dan kerana semua itu, Hafizi meletakkan hatinya di sisi Farahin unutk digandingkan bersama, untuk dijadikan permaisuri
hidupnya. Namun Hafizi bagai lupa, 'penderaan mental'nya selama ini telah membekukan hati seorang Farahin yang dahulunya pernah berdarah.
Diasak saban waktu dengan kerenah-kerenah yang melemaskan, cemburu yang tidak masuk dek
akal... Hafizi sebenarnya cuba mencari istimewa si gadis manis. Sedang Farahin
pula kian bungkam dan gerah berhadapan dengan konfrontasi yang tidak pernah sudah.
Kerana merasa kasih insan terbuang... Farahin meminggir bersama rajuk yang panjang.
Dan rasa cinta ini Hafizi bawa terbang jauh di bumi asing dengan harapan akan
diarak pulang cintanya yang satu ini.