Harga Asal : RM 19.00
Harga Jual : RM 14.00
Sinopsis
Terpenjara dalam cinta bagaikan terpasung minda dan rasa. Lantaran takdir yang telah tertulis perkahwinan menjadi jerat kepada Azmira. Tanpa rela dia menerima Badrul, sebaliknya tanpa dipaksa juga dia berkelana merebut piala cinta Razif.
Azmira yang setia membajai kasih bersama Razif terperangkap oleh perasaannya sendiri. Antara tanggungjawab dan perasaan bersesak dalam sanubari. Di mana mahu dibuang Badrul, sedang kasih sudah terkunci di dalam kamar sutera. Bagaimana mahu memungkiri janji Razif, sedang di bahu tergalas tanggungjawab kepada suami.
Azmira jadi bingung. Semakin dia lari daripada cinta semakin dia dihimpit gelojak rasa. Bukti cinta Badrul yang bertaburan dikutip satu persatu. Semakin jelas pula wajah sebenar cinta mereka.
Perjalanan hidup merungkai janji setia menemui cinta sejati. Sedikit demi sedikit ketenangan hadir di kolam hati Azmira yang berkocak keruh. Tetapi siapakan yang harus dipersalahkan apabila janji cinta Razif tidak tertunai? Mengapa mesti Razif membayar harga yang mahal untuk sebuah kasih yang diragut?