CARA PEMBELIAN

  • Pilih novel yang anda suka.
  • Hubungi saya :

zuerra.naw@gmail.com ATAU 019 2665018 (sms sahaja)

  • Buat pembayaran : Maybank (no. akaun akan diberi melalui sms)
  • Novel pilihan anda akan diposkan setelah menerima bukti pembayaran melalui email atau sms.
  • Novel yang dibeli tidak boleh dikembalikan
  • Harga novel yang dipaparkan termasuk kos penghantaran (POS LAJU/POS EKSPRESS) untuk SEMENANJUNG SAHAJA.
  • Bayaran tambahan RM 3 untuk penghantaran ke Sabah dan Sarawak.
Terima Kasih.



Dec 26, 2012

Novel Terpakai : Cinta Perisa Dia (Lynn Dayana)


Harga Asal : RM 21.00
Harga Jual : RM 17.00

Sinopsis

Cinta itu mana boleh dipaksa. Ditolak, pasti jatuh. Dibuang, pasti sakit. Bagi Hadif Imran, cinta boleh ditangguh sehingga satu detik yang pasti. Dia sudah dewasa, biar dia yang menentukannya. Perisa vanila, coklat atau strawberi... itu haknya.

Bagi bonda, dia mahu menantu. Bonda impikan cinta berperisa iman, bersalut takwa dan dihiasi kasih sayang untuk anaknya. Hadif jadi risau bila bonda sudah naik angin! Bagaimana kalau yang dipilih bonda berwajah ratu, berlesung pipit, tetapi sengau? Atau pandai mengaji, mahir memasak, tetapi rongak giginya? Hadif buntu, bonda naik hantu! Cinta berperisa apa agaknya di akhir cerita?

Novel Terpakai : Seribu Kali Sayang (Anis Ayuni)


Harga Asal : RM 19.90
Harga Jual : RM 14.00

Sinopsis

Sudah ditakdirkan sejak lahir, Nur Qazrina atau Abby ditingga ayahnya. Bagi Abby, tanpa kehadiran lelaki itu, hatinya tetap bahagia. Menginjak usia remaja, ungkitan Kak Lisa yang dialah punca penceraian ibu dan bapa mereka, sangat membebankan jiwa. kakaknya juga sering mempamer reaksi tidak menyenangi kehadirannya di rumah.

Daripada teman Kak Lisa yang silih berganti, kehadiran Syed Nadjmil Faiz dilihat oleh Abby sebagai calon suami yang terbaik untuk kakaknya. Sikapnya yang bertanggungjawab melindungi sesekali membuatkan Abby digoda perasaan. Namun mujurlah dia segera mengingatkan diri bahawa bakal abang ipar masakan boleh dijadikan teman sendiri.