CARA PEMBELIAN

  • Pilih novel yang anda suka.
  • Hubungi saya :

zuerra.naw@gmail.com ATAU 019 2665018 (sms sahaja)

  • Buat pembayaran : Maybank (no. akaun akan diberi melalui sms)
  • Novel pilihan anda akan diposkan setelah menerima bukti pembayaran melalui email atau sms.
  • Novel yang dibeli tidak boleh dikembalikan
  • Harga novel yang dipaparkan termasuk kos penghantaran (POS LAJU/POS EKSPRESS) untuk SEMENANJUNG SAHAJA.
  • Bayaran tambahan RM 3 untuk penghantaran ke Sabah dan Sarawak.
Terima Kasih.



Apr 22, 2012

Lagu-lagu Rindu (Diya Elora)


Harga Asal : RM  29.90
Harga Jual : RM 25.00

Sinopsis

Dia kepingin dimiliki, dibelai dan disayangi… kerana ia menjadikan kehidupan itu sesuatu yang cukup bermakna dan indah. Namun selama mana dia mampu memiliki yang indah-indah. Diri diuji bukan sekali… dan kerana itu dia kewalahan. Dia ingin lari… lari jauh dari realiti yang menyakitkan. Dia bukan lagi Amal Mahiran yang setia. 

Apr 15, 2012

Biarkan Saja (Annur Puteri)


Harga Asal : RM 28.90
Harga Jual : RM 25.00

(SOLD OUT)

Sinopsis

Hidup Alunie tidak pernah terlepas daripada menjadi bayang-bayang kepada darah dagingnya sendiri. Darah daging yang sudah terpisah jauh kemesraannya walaupun begitu dekat pertalian roh dan jasadnya. Sejauh mana pun dia berlari, bayan-bayang itu sentiasa mendekatinya.

Apr 11, 2012

Diusik Sayang ( Siti Zabeha Ibrahim)


Harga Asal : RM 25.90
Harga Jual : RM 22.00

Sinopsis

Salahkah aku meletakkan hati ini pada tempat yang tinggi? Memasang impian...membina harapan yg muluk-muluk... bercanda bersama-sama angan angan yang membahagiakan, antara kasih dan sayang, demimu insan yang teristimewa. Hanya untuk kau dan aku. Kita berdua selamanya... Dan kerana semua itu, Hafizi meletakkan hatinya di sisi Farahin unutk digandingkan bersama, untuk dijadikan permaisuri
hidupnya. Namun Hafizi bagai lupa, 'penderaan mental'nya selama ini telah membekukan hati seorang Farahin yang dahulunya pernah berdarah.

Apr 5, 2012

Rinduku Di Angin Lalu (Norisah A. Bakar)


Harga Asal : RM 24.90
Harga Jual : RM 21.00

Sinopsis

Aku  mencintai... menyayangimu dengan sepenuh hatiku. Namun menerima khabar yang dirimu telah dimiliki, haruskah aku mengganggu kebahagiaanmu lagi? Perlukah aku melampiaskan rasa marah dan dendamku pada sahabat yang telah mengkhianati erti persahabatan sejati? Atau mencari gadis lain yang lebih baik... yang setia dan mampu memberikan aku cinta yang suci. Yang kini berada di hadapan mata... yang saban waktu dapat kuintai hatinya... yang saban hari mencuri pandangan dan menerbitkan rindu dendam. Kenapa harus menafikan hati sendiri? Kenapa perlu ditolak perasaan sayang yang datang bertandang? Seperti kau, aku kira setiap insan mempunyai hak dan alasan di dalam menentukan pilihan... kerana 'cinta' datangnya bukan sesuatu yang boleh dirancang. Kerana kuasa 'cinta' mampu menumbangkan kubu keegoan walau dipancang dengan dalam. 

Apr 4, 2012

Kasih Antara Kita (Norisah A. Bakar)


Harga Asal : RM 26.90
Harga Jual : RM 23.00

Sinopsis

Perasaan cinta bukan rasa mutlak yang boleh membawa ke mahligai perkahwinan. NurAsyikin punya hati terhadap Zulkarnain. Namun cinta mulis yang diidamkan oleh Nur Asyikin ditolak oleh jejaka itu. Tetapi selepas berjauhan dan tinggal di Australia, rasa menyesal dan cinta mula berputik di hati Zulkarnain.
 Timbul perasaan untuk mengait benih-benih cinta yang telah diabaikannya selama ini. Apakah daya, hembusan angin yang lembut tidak dapat menyampaikan suara hatinya itu. Cinta dan hasrat hati Zulkarnain terkubur jauh kerana jarak antara benua yang telah memisahkannya. Nur Asyikin pula berdepan dengan pelbagai dugaan hati dan juga kehidupannya seharian. Bagaimanapun, roh cinta kemudiannya hadir dalam dirinya.