CARA PEMBELIAN

  • Pilih novel yang anda suka.
  • Hubungi saya :

zuerra.naw@gmail.com ATAU 019 2665018 (sms sahaja)

  • Buat pembayaran : Maybank (no. akaun akan diberi melalui sms)
  • Novel pilihan anda akan diposkan setelah menerima bukti pembayaran melalui email atau sms.
  • Novel yang dibeli tidak boleh dikembalikan
  • Harga novel yang dipaparkan termasuk kos penghantaran (POS LAJU/POS EKSPRESS) untuk SEMENANJUNG SAHAJA.
  • Bayaran tambahan RM 3 untuk penghantaran ke Sabah dan Sarawak.
Terima Kasih.



Mar 16, 2012

Demimu Nazwa (Kamsiah Abu)


Harga Asal : RM 25.90
Harga Jual : RM 23.00

Sinopsis

Cinta pandang pertama ketika usia muda menjadikan Nazwa menerima lamaran Ahmad Saifulrizwan walaupun mereka masih lagi menuntut di luar negara. Bagi Nazwa, cinta suami cukup membuatkan dia bahagia sehinggalah peristiwa malang yang tidak disengajakan telah merentap rasa cinta itu dari hati Ahmad Saifulrizwan. Dengan hati yang lara, Nazwa membawa diri pulang ke tanah air. Di dalam kekecewaan, pintu hati Nazwa diketuk oleh cinta Edham, lelaki yang begitu ikhlas dan jujur menerima keadaan Nazwa seadanya. Empat tahun kemudian, Nazwa dan Ahmad Saifulrizwan dipertemukan kembali. Hati masing-masing membara dengan  rasa dendam kesumat, bagaikan hanya menunggu saat untuk dilunasi. Dapatkan Nazwa lepas dari ikatan yang tidak bertali itu dan berjayakah Edham membina bahagia bersama Nazwa?

"Saya tidak ada suami yang benar-benar mencintai saya dengan sepenuh hatinya sebagaimana suami-suami orang lain mencintai isteri mereka! Jadi untuk apa saya perlu mengharapkan dia lagi?" - Nazwa

"Apa nak disusahkan? Lelakikan boleh berkahwin empat! Lainlah perempuan, walau macam mana sekalipun dia tinggalkan suaminya, dia tidak akan boleh kahwin lain selagi suaminya tidak melafazkan talak!" - Ahmad Saifulrizwan

"W alaupun seribu tahun lagi, Ed akan tunggu Naz! Cuma Ed mahu Naz tahu bahawa berakhirnya sesuatu bukan bermakna tida lagi permulaan.  Permulaan yang baru mungkin akan lebih baik dari yang telah berakhir!" - Edham