CARA PEMBELIAN

  • Pilih novel yang anda suka.
  • Hubungi saya :

zuerra.naw@gmail.com ATAU 019 2665018 (sms sahaja)

  • Buat pembayaran : Maybank (no. akaun akan diberi melalui sms)
  • Novel pilihan anda akan diposkan setelah menerima bukti pembayaran melalui email atau sms.
  • Novel yang dibeli tidak boleh dikembalikan
  • Harga novel yang dipaparkan termasuk kos penghantaran (POS LAJU/POS EKSPRESS) untuk SEMENANJUNG SAHAJA.
  • Bayaran tambahan RM 3 untuk penghantaran ke Sabah dan Sarawak.
Terima Kasih.



Nov 28, 2011

Kau Curi Hatiku (Iman Xara)


Harga Asal : RM 20.00
Harga Jual : RM 16.00


Sinopsis

Seteguh manakah hati seorang isteri kalau hidup bersama suami setiap harin
 makan hati berulam jantung, sedang kekasih lama tetap setia dengan cintanya?

Arissa dan Zamil, rakan sekerja yang seperti anjing dengan kucing tidak boleh berdekat. 
Seorang bermulut laser dan seorang lagi mulut tiada insurans.

Bila Hati Berbisik (Rehal Nuharis)



Harga Asal : RM 20.90
Harga Jual : RM 17.00


Sinopsis

Cinta tanpa berterus terang mampu memisahkandua hati yang setia terjalin. Cinta yang tidak dilafaz
membuatkan Nia dan Adam sama dingin walaupun sudah bergelar suami isteri.

Perkahwinan antara mereka terjadi hanya kerana amanat. Adam menganggap Nia masih belum
mampu lupakan Ariq. Nia menganggap Adam masih cintakan Melissa.

Untukmu Sayang (Marwati Wahab)


Harga Asal : RM 21.90
Harga Jual : RM 18.00


Sinopsis



Kalau masa boleh diputar kembali, dia berjanji akan menjadi gadis yang paling baik. Tidak akan menyakiti, meskipun hatinya disakiti. Sayangnya itu bukan sifat sebenar Dasiera. Baginya, dendam harus dibalas dengan dendam. Tapi itu dulu... semakin masa beralu, kisah itu semakin jauh ditinggalkan. Namun dia sering lupa pada ungkapan, 'Memaafkan ya, tetapi melupakan tidak!'

Nov 23, 2011

Samudera Indah Nian (Mazni Darwisya)


Harga Asal : RM 18.00
Harga Jual : RM 14.00


Sinopsis


Ibarat setianya Ali pada Fatimah
Ibarat kasihnya Mujammad pada Khadijah



Itulah yang Yasmin Nur Raihan impikan dalam perkahwinannya bersama Amru walau ikatan mereka diatur keluarga. Yasmin berharap Amru menjadi pendampingnya dunia akhirat. Pada Yasmin cinta kasih dan sayang mampu disemai dipupuk. Berbeza bagi Leftenan Komander Amru Iskandar, hakikat jodohnya bersama Yasmin sukar diterima. Lantas diletakkannya syarat pada malam pertama mereka. Yasmin akur malah bersyukur. Padanya Amru bagai seorang sahabat baik yang baru dikenalinya.


Segalanya berubah apabila Yasmin menapak buat kali pertama bercuti ke rumah Amru di Lumut. Entah bila pula timbulnya rasa rindu dan sayang di hati Amru; sikap dan kelembutan Yasmin telah mengikat hati Amru pada wanita itu. Belum sempat diluahkan rasa hati, segalanya bertukar tragedi apabila Leftenan Maya Athira hadir antara mereka. Tidak seperti perempuan yang suka menyerah, Yasmin nekad mempertahankan rumah tangganya. Tetapi Amru... bagaimana?


Samudera itu indah... sepertimana indahnya cinta yang kita kemudi... ~ Amru Iskandar.

Nov 15, 2011

Hanya Ada Kamu (Naz Areesya Ameen)


Harga Asal : RM 19.90
Harga Jual : RM 15.00


Sinopsis


Mukhriz membawa diri kerana menyangka Altisya tidak setia. Altisya menyepi kerana menduga cinta Mukhriz bukan lagi miliknya. Dan, bisanya kata-kata seorang mertua merobek hati serta menjauhkan cinta mereka. Mereka berkahwin bukan untuk berpisah, namun, apabila si mertua menuntutnya untuk meninggalkan suaminya, Altisya rela berjauhan dengan Mukhriz walau sayangnya masih sekebal tembok besi. Sesungguhnya syurga Mukhriz tetap di sisi seorang wanita bergelar ibu walaupun lelaki itu berada di dalam dakapannya. Kerana itu, dia pasrah dan beralah.

Nov 3, 2011

Kau Kekasihku (Anis Ayuni)


Harga Asal : RM 19.90
Harga Jual : RM 14.00


Sinopsis

Hadirmu bagai sinar mentari pagi. Menerangi lorong kelam lagi sunyi yang selama ini kulalui. Melenyapkan kedukaan yang bagai berkurun lama memenjara jiwaku dalam sepi. Terasa kini, bahagia ada di mana-mana. Hanya dirimu yang bertakhta di hati. 


Pandanglah ke dalam mataku... selamilah jauh hingga ke dasarnya. Pasti yang akan kau lihat adalah rinduku terhadapmu. Tapi, apakah getaran cinta yang meruntun hati hanya aku saja yang merasakannya? Zairi... hatimu sebenarnya untuk siapa? Mengapa kau terus membisu pada ketika aku amat yakin yang aku bukan berbayang seorang diri? Aku tahu cintaku berbalas, tapi mengapa tak pernah sekalipun kau melafazkannya? 

Tak Secantik Husna (Ainul Hazrah)


Harga Asal : RM 19.90
Harga Jual : RM 16.00

LUQMAN HARIEZ  disuruh memilih salah seorang daripada tujuh cucu perempuan mak tok untuk dijadikan isteri, sementelah hatinya masih kosong. Malangnya, dia cuma diberi masa seminggu untuk mengenali hati budi mereka. Semua ini dilakukan demi menghormati permintaan opah dan mak tok.

Nov 1, 2011

Renungan Bertukar Rasa (Syamimi Aminolah)



Harga Asal : RM 21.90
Harga Jual : RM 18.00

(SOLD OUT)

Sinopsis

Sufi Khalisa ~ Dia harus mencari calon suami secepat mungkin agar hati si kakak tidak lagi berprasangka terhadapnya. Namun, sanggupkah dia menerima lelaki yang hanya dianggap kawan untuk dibuat suami? Apakah dia mampu meluputkan renungan mata coklat milik Indra yang berjaya memukau pandangannya dan telah berjaya mencuri hatinya tanpa sedar? Dia buntu. Buntu untuk membuat keputusan.

“Sufi, aku sanggup jadi pengantin lelaki kau jika kau tiada calon lain…”