CARA PEMBELIAN

  • Pilih novel yang anda suka.
  • Hubungi saya :

zuerra.naw@gmail.com ATAU 019 2665018 (sms sahaja)

  • Buat pembayaran : Maybank (no. akaun akan diberi melalui sms)
  • Novel pilihan anda akan diposkan setelah menerima bukti pembayaran melalui email atau sms.
  • Novel yang dibeli tidak boleh dikembalikan
  • Harga novel yang dipaparkan termasuk kos penghantaran (POS LAJU/POS EKSPRESS) untuk SEMENANJUNG SAHAJA.
  • Bayaran tambahan RM 3 untuk penghantaran ke Sabah dan Sarawak.
Terima Kasih.



Nov 28, 2011

Untukmu Sayang (Marwati Wahab)


Harga Asal : RM 21.90
Harga Jual : RM 18.00


Sinopsis



Kalau masa boleh diputar kembali, dia berjanji akan menjadi gadis yang paling baik. Tidak akan menyakiti, meskipun hatinya disakiti. Sayangnya itu bukan sifat sebenar Dasiera. Baginya, dendam harus dibalas dengan dendam. Tapi itu dulu... semakin masa beralu, kisah itu semakin jauh ditinggalkan. Namun dia sering lupa pada ungkapan, 'Memaafkan ya, tetapi melupakan tidak!'
Dan, kalau benar kenakalan lalu itu satu kesalahan, mengapa mesti dia seorang yang menerima hukuman? Mereka sama-sama bersalah. Tapi, demi sayangnya yang melaut, dia akur kalau dia harus tunduk kali ini. Dia percaya bahagia ada di mana-mana. Lalu, kehadiran Farish umpama memberi nafas baru untuknya yang semakin hilang punca.

"Untuk awak saya sanggup buat apa saja..."


Rupa-rupanva, masih ada yang peduli. Namun nyatanya bukan mudah menggapai bahagia. Bila kasih sayang yang tulus sekali lagi teruji, putik kasih itu terpaksa juga diracun. Lantas dia terus nanar.

"Kita memang ditakdirkan tidak berjodoh. 
Anggap sajasaya gadis yang tidak tahu diuntung .
 Sudah bertemu dengan lelaki baik tapi, 
tetap juga tidak tahu menghargai.
 Maafkan saya..."

Itu keputusannya, tidak ada sesiapa yang memaksa. Namun, usai melafazkan kata-kata itu,  ada titisan jernih yang menemaninva.



No comments:

Post a Comment