CARA PEMBELIAN

  • Pilih novel yang anda suka.
  • Hubungi saya :

zuerra.naw@gmail.com ATAU 019 2665018 (sms sahaja)

  • Buat pembayaran : Maybank (no. akaun akan diberi melalui sms)
  • Novel pilihan anda akan diposkan setelah menerima bukti pembayaran melalui email atau sms.
  • Novel yang dibeli tidak boleh dikembalikan
  • Harga novel yang dipaparkan termasuk kos penghantaran (POS LAJU/POS EKSPRESS) untuk SEMENANJUNG SAHAJA.
  • Bayaran tambahan RM 3 untuk penghantaran ke Sabah dan Sarawak.
Terima Kasih.



Nov 6, 2011

Pelukan Cinta (Amisha Dania)


Harga Asal : RM 17.00
Harga Jual : RM 14.00

Sinopsis

Jatuh cinta adalah perkara biasa di dalam kehidupan. Tetapi bagi Armand Danial dan Zulaikha Husna, jatuh cinta bukanlah sesuatu yang biasa. Sekali mereka bercinta, biarlah ia menjadi sesuatu yang kekal abadi. Kekal untuk selamanya. Namun apa yang dihajati, tidak semudah itu untuk dimiliki. Biarpun cinta mereka tidak mendapat tentangan, tetapi pelbagai dugaan mereka perlu hadapi  untuk mencapai bahagia. Saat kata sepakat sudah dicapai, Armand Danial bernikah pula dengan sepupunya Asilah. Hancur luluh hati Zulaikha Husna, namun dia pasrah. Jodoh, ajal dan maut adalah ketentuan Ilahi.  Zulaikha Husna membawa diri ke Pantai Timur, berbakti di sana sambil mengubat hati yang luka.

Namun sejauh mana jauh pun Zulaikha Husna membawa diri, hatinya tetap pada yang satu. Walaupun sedih dengan perpisahan yang berlaku, dia redha dan tidak berniat untuk mencari pengganti Armand Danial. Baginya, biarlah kenangan bersama kekasih hatinya itu kekal di sudut hatinya, namun kembalinya Zulaikha Husna dari perantauan telah mengubah segala-galanya. Kehilangan Armand danial, kehadiran si kecil Aliff Danial kembali menggugat ketenangan hidup Zulaikha Husna. Bagaimanakah kesudahan cerita ini? Hanya Pelukan Cinta yang ada jawapannya...

1 comment: