CARA PEMBELIAN

  • Pilih novel yang anda suka.
  • Hubungi saya :

zuerra.naw@gmail.com ATAU 019 2665018 (sms sahaja)

  • Buat pembayaran : Maybank (no. akaun akan diberi melalui sms)
  • Novel pilihan anda akan diposkan setelah menerima bukti pembayaran melalui email atau sms.
  • Novel yang dibeli tidak boleh dikembalikan
  • Harga novel yang dipaparkan termasuk kos penghantaran (POS LAJU/POS EKSPRESS) untuk SEMENANJUNG SAHAJA.
  • Bayaran tambahan RM 3 untuk penghantaran ke Sabah dan Sarawak.
Terima Kasih.



Nov 15, 2011

Hanya Ada Kamu (Naz Areesya Ameen)


Harga Asal : RM 19.90
Harga Jual : RM 15.00


Sinopsis


Mukhriz membawa diri kerana menyangka Altisya tidak setia. Altisya menyepi kerana menduga cinta Mukhriz bukan lagi miliknya. Dan, bisanya kata-kata seorang mertua merobek hati serta menjauhkan cinta mereka. Mereka berkahwin bukan untuk berpisah, namun, apabila si mertua menuntutnya untuk meninggalkan suaminya, Altisya rela berjauhan dengan Mukhriz walau sayangnya masih sekebal tembok besi. Sesungguhnya syurga Mukhriz tetap di sisi seorang wanita bergelar ibu walaupun lelaki itu berada di dalam dakapannya. Kerana itu, dia pasrah dan beralah.

" Kadang-kala, kita terpaksa lepaskan apa yang kita sayang. Sebab yang kita sayang-sayangkan sangat itulah yang menyeksa hati kita". - Altisya


Kerana cinta dia rela menikahi gadis yang dibenci oleh ibunya dan terjerat di dalam sebuah perkahwinan rahsia. Hanya selepas bergelar suami isteri, barulah dia sedar bahawa tindakannya itu benar-benar menyeksa dan menghukum perasaannya.


"Kita yang akan memburu dan mencipta bahagia itu Isya. Yakinlah dengan cinta abang."  - Mukhriz


"Isya, apa sahaja yang awak hadapi, ingatlah bahawa saya akan selalu bersama awak. Andai awak tak nampak saya di depan mata awak, tolehlah ke belakang, saya akan selalu di sini." - Hedzri




No comments:

Post a Comment